Friday, 11 May 2012

LOGO Kolej Kediaman 5

Untuk pengetahuan pelajar-pelajar KK5, baru dan lama,  pada Oktober 2011 telah dianjurkan satu pertandingan mencipta logo rasmi bagi KK5. Penyertaan yang mendapat sambutan ini berlangsung sehingga 23 Oktober 2011. Setelah itu, pelajar-pelajar diberi mandat untuk memilih logo rasmi KK5 berdasarkan sistem undian di laman sesawang facebook, "Mahasiswa KK5" selama seminggu. Logo yang mendapat undian tertinggi ini telah dipilih secara rasminya untuk menjadi logo bagi Kolej Kediaman 5 bermula November 2011. Logo ini telah dicipta oleh saudara Engku Ersyad bin Engku Abas, pelajar Fakulti Pembuatan. Logo ini turut mempunyai maksud tersendiri iaitu :

• Bulatan - melambangkan perpaduan mahasiswa KK5 yang hidup di bawah satu bumbung.
• Bangunan - melambangkan kediaman penghuni KK5 serta tempat untuk menuntut ilmu di Universiti Malaysia Pahang
• Rumput - melambangkan persekitaran KK5 yang menghijau dengan tanaman 
• Warna Kuning - melambangkan warna bangunan kolej kediaman dan melambangkan persekitaran yang ceria di KK5.


No comments:

Post a Comment